KONGSIKAN!
Setelah beberapa lama anda bercinta/berumah tangga pastinya anda telah mengetahui warna pakaian kegemaran si dia bukan. Tahukah anda melalui warna pakaian kegemarannya anda juga boleh mengetahui peribadi dan mood sebenar si dia. Jom kita lihat apa warna kegemaran pasangan anda itu:
Hitam
Semangat yang kuat, terlalu yakin dengan pendapat sendiri dan berdisiplin
Degil dan suka berdikari
Kelihatan lebih matang dan menyelubungi identiti sendiri sebenar
Mewakili perbuatan tidak mengaku atau menyerah diri hanya pada saat-saat akhir (susah untuk menyerah kalah)
Sentiasa ingin menolak segala perlindungan yang kuat
Pada saat-saat tertentu mereka gemar menunujukkan personaliti yang mempunyai kawalan pada diri mengikut imej komunikasi mereka
Merah
Mendesak,mudah dirangsang,sensitif dan lincah
Mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka akan melaksanakan apa yang diinginkan dengan pantas tanpa bertangguh
Sentiasa melakukan sesuatu dengan sebaik yang mungkin
Tidak peka kepada perasaan orang lain apabila diri mereka menjadi tumpuan orang ramai
Bukanlah pendengar yang baik
Suka memaksa dan mudah membuat keputusan apabila dalam keaadaan terdesak atau mencemaskan
Mempunyai kelebihan yang dapat disalurkan untuk memimpin, membangunkan ataupun mengembangkan sesuatu.
Seorang yang berani, peramah tetapi mudah marah apabila kehendaknya tidak dipenuhi
Perlu belajar untuk bersabar
Putih
Menganggap cinta itu adalah sesuatu yang suci dan tidak boleh dicemari oleh perkara-perkara yang bersifat negatif.
Beperwatakkan positif, matang dan optimistik
Suka menyendiri
Gemarkan gaya hidup yang sederhana dan bebas tekanan
Biru Muda
Kreatif, mudah memahami dan sensitif terhadap persekitaran dan perasaan orang lain
Mempunyai daya imaginasi yang amat tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan
Amat teliti semasa meberi teguran (menjaga perasaan orang lain)
Penasihat yang baik kerana selalu menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah
Amat gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa dan tidak suka terburu-buru
Inginkan suasana selamat dan mendamaikan
Biru Tua
Cerdik dan mempunyai keyakinan tinggi serta mempunyai perasaan yang mendalam
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain dan seronok membuat pilihan
Memerlukan persekitaran yang tenang dan ingin dibelai dengan kasih sayang
Mudah terganggu dengan keadaan bising
Jika si dia menggemari warna ungu kebiruan dia adalah seorang yang mudah sensitif, mudah bersimapati kepada orang lain dan mudah dipergunakan.
Merah Jambu
Seorang yang penyayang dan menyintai alam semula
Mudah berempati dan memahami
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain
Sedikit keanakkan-keanakkan
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri
Jingga
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain
Seorang yang panas baran
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri
Bersikap praktikal dan kreatif
Sangat bertenaga namun mudah gelisah
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang
Hijau
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain
Sesuai dengan kehidupan yang damai sunyi
Bermurah hati dan berperikemanusia serta membantu orang lain bagi mengubah sikap
Mudah sensitif dan ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata
Pasangan yang menggemari pakaian berwarna hijau kebiruan sukakan persekitaran yang aman, keinginan untuk mendapatkan ketenangan dan serta bebas daripada konflik ataupun tidak puas hati
Kuning
Penuh minat dan perangsang
Aktif dalam apa jua aktiviti
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup
Sentiasa meninginkan dan berharap supaya mendapat kegembiraan
Mempunyai idea dan pemikiran tinggi
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi
Ungu
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati mempunyai perasaan yang mendalam serta bercita-cita tinggi
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama
Perang
Bersikap jujur, realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan baik
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi atau rahsia hingga sentiasa mengundurklan diri dan takut dengan dunia luar

No comments:
Post a Comment